Friday, March 8, 2013

Testimoni



Testimoni beberapa penulis untuk buku 'Bersyukurlah Kerana-Nya':

Dari buku pertama hingga ke buku terbaharu ini, torehan tinta penulis layak disalut emas. Ia membangunkan jiwa saya. Hati menggetari nikmat Allah yang luas. Kesusahan menjadi ringan bak kapas.

Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penulis dan Perunding Motivasi


Penulisan yang ditulis dari hati yang tunduk kepada Pencipta membenamkan rasa yang sama kepada para pembaca. Buku ini akan selalu menyedarkan kita bahawa segala nikmat yang dikecapi bukanlah apa-apa melainkan untuk disyukuri. Ustaz Alwi Alatas membekalkan kepada kita ‘sahabat sejati’ yang akan terus berpesan supaya ‘bersyukur dan berbahagialah.’ Percayalah, anda akan menjadi seorang yang berlapang dada dan mampu tersenyum panjang setelah membacanya.

Ummu Hani Abu Hassan
Penulis buku Noorah


SUBHANALLAH. Jika anda mencari sebuah buku yang membicarakan soal nikmat dan syukur, buku ini memberikan kupasan menarik. Saya membelek helai demi helai hingga ke bab terakhir. Buku ini membuatkan kita mengenali dengan lebih dekat lagi tentang nikmat Allah Subhanahuwataala dan kewajipan kita bersyukur di atas segala pemberian-Nya. Insya-Allah, kita akan menjadi manusia yang lebih bersyukur selepas tiba di titik akhir pembacaan buku ini.

Wan Zayuhisham
Penulis buku Suami Yang Teruji

No comments:

Post a Comment