Thursday, March 28, 2013

Masalah Orang Besar

Saat membaca tulisan Shaikh Abdullah Nasih Ulwan tentang Shalahuddin, tiba-tiba terjumpa sebait puisi Mutanabi.


Kesusahan sentiasa datang kepada orang-orang yang mempunyai keupayaan untuk menanggungnya

Sama seperti kualiti yang baik yang boleh didapati pada orang-orang yang mulia

Satu perkara yang kecil mungkin kelihatan besar di mata orang kecil

Sebagaimana satu perkara yang besar tampak kecil sahaja di mata orang besar





Allah memberikan ujian kepada manusia sesuai dengan keupayaannya. Orang kecil hanya akan mendapatkan masalah yang kecil. Masalah yang besar tidak akan datang melainkan kepada orang yang besar. Mengapa begitu? Kerana saat mendapat masalah kecil, orang kecil pun masih sering mengeluh dan menganggap masalahnya terlalu besar. Bagaimana lagi kalau diberi masalah yang besar?

Sementara orang besar mampu menghadapi masalah yang berat dengan senyuman. Kerana buat mereka tidak ada masalah dan ujian yang benar-benar besar, selama mereka bersama Yang Maha Besar.

Nak jadi orang besar? Belajarlah untuk tidak membesar-besarkan masalah. :)

Alwi Alatas
KL, 29 Maret 2013

No comments:

Post a Comment