Tuesday, April 30, 2013

BISMILLAH - Bersyukurlah Kerana-Nya

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kali ini saya nk kongsikan sebuah buku tarbiah yg ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Beliau adalah penulis kegemaran sy. bukunya banyak motivasi pada sy. Antaranya buku ini, yg btajuk " BERSYUKURLAH KERANA-NYA, Jom bersama saya mgenali isi kandungan buku ini dengan lebih dekat lagi.



persoalan yg nak saya tanyakan kepada semua adalah:, adakah kt sudah bersyukur dengan-Nya?? Memang, hidup ni kita tak akan rasa cukup. Dah ada itu, nk ini,macam2la keinginan kita. Ingatlah, kita ini layak ke nak lebih2. Eloklah kt bhenti dr mengharapkan sesuatu dan bsyukur apa yang ad dalam gengaman.


Setiap saat yg berlalu dalam hidup ni kita dilimpahi nikmat yang banyak dari ALLAH. Udara, kt dapat bnafas ni, nadi yang sedang berdenyut ni adalah antara sebahagian kecil dari nikmat ALLAH. Tapi tidakkah kt sudah bsyukur dan berterima kasih pd- NYA???

Bersyukurlah kerana -NYA mbuka mata dan hati kita semua untuk melihat betapa nilmat yg dikecapi lantas mendorong kita mjadi hamba yang bsyukur.

Buku ini banyak mengajar saya untuk sentiasa mensyukuri nikmat2 ALLAH. Walaupun kita menghadapi pelbagai masalah dan cobaan ingatlah kita masih ada "sesuatu" yang boleh membawa kebahagiaan jika kita bijak menilainya.

Saya berharap agar kawan2 mendapatkannya dgn segera, kalau nk pinjam ngan saya pun ok gak.Sangat dialu2kan. Selamat Membaca



"setiap nikmat yang tidak mendekatkan pemiliknya kepada ALLAH adalah bencana "
- SYED ALWI ALATAS

http://raiamira89ismail.blogspot.com/2013/04/bismillah_11.html

Monday, April 29, 2013

Berjaya hafal Al-Quran setelah patah kaki

Pada kesempatan ini, kami ingin memberikan satu contoh kisah mengenai hal ini. Saya mendengar kisah ini daripada Dr. Mustafa Umar, seorang ustaz dan tokoh agama di Riau yang sering datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah.

Beliau menceritakan bahawa ada seorang ustaz kenalannya di Kuala Lumpur yang anaknya mengalami kemalangan. Kaki anak itu patah menyebabkan dia tidak dapat berjalan selama dua tahun. Dalam usia yang muda anak ini terpaksa menanggung ujian yang cukup berat.

Ibu bapanya mendorong anak ini supaya bersabar dan memberinya semangat agar melakukan aktiviti yang bermanfaat sepanjang dia tidak boleh bergerak.

Maka anak itu pun memutuskan untuk menghafal Al-Quran. Dia pun melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kerana dia tidak boleh banyak bergerak dan hampir sepanjang masa berada di rumah, mudahlah baginya untuk menghafal Al-Quran.



Dalam waktu dua tahun itu pun dia berjaya menghafal seluruh al-Quran.

Ketika mendengar kisah anak tersebut serta kejayaannya menghafal seluruh al-Quran, Ustaz Mustafa Umar bertanya kepada anak itu, "Kalau demikian, pada pandanganmu mana yang lebih baik, kamu mendapat ujian seperti ini dan kemudian berjaya menghafal seluruh al-Quran atau kaki kamu sihat tetapi kamu tidak ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran?"

Anak itu tersenyum, "Ujian ini lebih baik buat saya, ustaz. Kalau saya tidak diberi ujian ini, saya tidak tahu apakah saya ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran."


SYED ALWI ALATAS

dipetik dari buku : Bersyukurlah kerana-Nya
(musibah juga mengandungi nikmat)

www.alwialatas.blogspot.com

Maka bersyukurlah andai adakalanya kita terpaksa menempuh onak dan duri dalam kehidupan yang sementara ini =)

Pasti ada kegembiraan di kemudian hari ^_^

http://khairasrikandi23.blogspot.com/2013/04/life-lesson-9.html

PBAKL 2013 - Sabtu 27 Apr

Beberapa gambar pada masa PBAKL 2013




Bergambar bersama pembeli buku 'Bersyukurlah Kerana-Nya'




Dengan dua buku di tangan 'Bersyukurlah Kerana-Nya' dan 'Senyumlah'




Sharing tentang isi buku




Sesi autograph




Bagi autograph kepada beberapa pembaca




Pembaca terakhir yang dapat autograph pada hari Sabtu




Bersama Ust. Zakaria Sungib

Sunday, April 28, 2013

Bersyukur KeranaNya

Buku ini mengingatkan pembaca supaya bersyukur.

Dari awal sehingga akhir kulitnya,saya merasakan penulis tidak jemu-jemu menasihatkan pembaca supaya sentiasa bersyukur.

Buku ini sebuah santapan motivasi yang sangat lembut mengajak pembaca sama-sama merenung segala nikmat yang telah Allah kurniakan.Pada masa yang sama buku ini mengajak bersabar pada keadaan-keadaan yang mungkin tidak dijangkakan berlaku.

Saya sangat tertarik tatkala membaca salah satu nasihat yang mengajak para pembaca supaya sesekali mengunjungi hospital dan melihat pesakit yang ditimpa pelbagai penyakit sekurang-kurangnya pembaca akan mensyukuri nikmat kesihatan yang baik.

Ringkasnya buku ini adalah pelengkap kepada barisan buku-buku terdahulu karangan penulis ini iaitu Bila Allah Menguji Kita,Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu dan Mudahkan Jangan Susahkan.

Terima kasih atas karya yang bagus untuk dijiwai ini.

http://ukhtiez.blogspot.com/2013/04/bersyukur-kerananya.html?spref=fb

Wednesday, April 24, 2013

Jadi lah hamba yang bersyukur ..

Tadi mak sye beli kan buku "BERSYUKURLAH KERANA-NYA" ditulis oleh Syed Alwi Alatas.. sye x bace abis agy buku tu .. tpi sye rse diri seperti dah dimotivasikan walaupon blom abis bace agy .. (ceh ayat ..:))



Kisah 4 pemuda :

4 orang pemuda berjln-jln ditepi pantai pada suatu mlm yg cerah. mereka menikmati hembusan angin serta aroma laut yg ada di tempat itu. seorang drpd mereka kemudian bertanye kpd rakan-rakannye, "Apakah benda yg x dpt dikira jumlahnye di dunia ini ?"
"Air di lautan," jawab seorang pemuda.
"Butir-butir pasir di pantai," kata yg lain .
"Bintang-bintang di langit." jwb yg ke-3.
"Udara yg dihirup", kata pemuda yg ke-2.
"BETUL!" kata pemuda yg pertama .
"Tapi ada yg lebih penting drpd semue tu yg x dpt dikire."
"Apa die ?" tanye ketiga-tiga rakannye serentak. "Nikmat yg Allah bagi".
kemudian die membace sepotong ayat ..
"Dan adalah tlh memberi kpd kamu sebahagian drpd tiap-tiap ape jua yg kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaye kamu x dapat menentukan bilangan nye. Sesungguhnye manusia sgt zalim, lagi sgt mengingkari nikmat tuhannye."

Jom muhasabah diri ..
Cube ingat balik ..
Walaupon Allah dah menjanji kan syurga buat Nabi Muhammad tpi baginda tetap berjage mlm semata-mata untuk mengabdikan diri kepada allah .. Rasulullah pernah solat sampai bengkak kaki .. cube bandingkan dgn kite yg x tau agy masok syurge kea nerake .. solat fardhu pon tinggal nie lagikan solat sunat ...Org yg tinggal kan solat dgn sengaja itu lbih teruk drpd penzina.

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.“ (QS. 3:144)

Jadi, renung-renungkan lah dan selamat beramal ..

http://niqabisbeautiful.blogspot.com/2013/04/jadi-lah-hamba-yang-bersyukur.html

Thursday, April 11, 2013

Kuli Yang Pintar

Seorang ulama, Abu Bakr bin Abdullah al-Muzani, lalu di hadapan seorang kuli. Sambil memikul barang kuli itu berkata, “Segala puji bagi Allah, dan aku meminta ampun kepada Allah.”

Abu Bakr al-Muzani menunggu orang tersebut meletakkan barang, yang dipikulnya. Kemudian dia bertanya kepada kuli itu, “Bolehkah engkau mengatakan yang lebih baik daripada ucapanmu tadi?”

Orang tersebut menjawab, “Ya betul. Aku boleh mengatakan yang lebih baik lagi. Aku membaca Kitabullah, kemudian aku temui di dalamnya yang mengatakan bahawa manusia itu berada di antara nikmat dan dosa. Oleh itu aku memuji Allah atas nikmat-nikmat-Nya yang sempurna dan aku meminta ampunan kepada-Nya atas dosa-dosaku.”

Abu Bakar al-Muzani kemudian berkata, “Kuli ini lebih pintar daripada Bakr (dirinya sendiri).”

Sebenarnya kuli itu lebih pintar daripada kebanyakan kita. Dia membaca Kitabullah, memahaminya serta mengamalkannya dengan baik. Sementara kebanyakan kita beroleh banyak nikmat tapi tidak mahu atau lupa mensyukurinya, memiliki dosa-dosa tapi tidak mahu atau lalai daripada memohon ampunan-Nya ....

Maka marilah kita ambil pelajaran daripada kuli yang bijak tersebut. Mulai hari ini perbanyakkanlah syukur dan istighfar kita kepada-Nya.

Daripada buku 'Bersyukurlah Kerana-Nya'

Wednesday, April 10, 2013

Hari ini indah, tapi …

Seorang budak yang buta kedua matanya duduk di tepi jalan. Tak jauh daripada kakinya ada sebuah topi dalam keadaan terbalik dan sebuah tanda bertuliskan: “Saya buta, tolong bantu.” Ada sedikit shilling di dalam topi itu.

Seorang lelaki berjalan melalui jalan itu dan berhenti sekejap di depan budak tersebut. Ia mengeluarkan beberapa shilling dan meletakkannya di dalam topi. Ia kemudian membalik tanda yang dibawa budak itu dan menuliskan kata-kata yang baru. Selepas itu, ia pun pergi meninggalkan tempat itu.

Tak lama, topi itu mulai terisi penuh. Ramai orang yang lalu di tempat itu mengeluarkan wallet dan menyisihkan sebahagian wang yang dimilikinya untuk diletakkan di dalam topi tersebut.

Pada petang harinya, lelaki yang mengubah tanda tersebut datang kembali ke tempat itu. Budak yang buta tadi mengenali langkah-langkah kaki lelaki itu. “Bukankah anda yang tadi pagi mengubah tanda yang saya bawa? Apa yang telah anda tuliskan sehingga orang-orang tergerak untuk meletakkan wang di topi saya?”

Lelaki itu menjawab, “Saya hanya menuliskan kebenaran. Saya menuliskan hal yang sama dengan yang ada di tanda itu, tetapi dengan cara yang berbeda.”

Tulisan yang baru itu berbunyi: “Hari ini indah, tetapi saya tak boleh melihatnya.”



Anda tahu mengapa orang-orang tergerak untuk membantu budak itu? Ya, kata-kata itu mengingatkan pada nikmat yang ada pada diri mereka sendiri, yaitu nikmat penglihatan. Kerana itu, mereka pun merasa bersyukur dan tergerak untuk bersedekah membantu budak yang buta itu. (diceritakan kembali dari http://www.islamcan.com/islamic-stories/did-you-thank-allah-for-your-eyesight.shtml)

Hidup ini memang indah. Hari-hari yang kita lalui sebagian besarnya indah dan kita dapat melihatnya. Alhamdulillah.

Jika kita masih memiliki penglihatan, banyak-banyaklah bersyukur. Ingatlah, ada orang lain yang buta matanya dan tak boleh melihat pelbagai keindahan yang kita lihat.

Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. (QS. 23:78)


Alwi Alatas
Kuala Lumpur
1 Jumadil Akhir/ 11 April 2013

Kebahagiaan Itu Dekat

Hampir semua orang mengharapkan kebahagiaan. Andai mereka boleh membelinya, tentu mereka akan membelinya walaupun harganya sangat mahal. Andai kebahagiaan itu terletak di puncak gunung yang tinggi, pasti mereka akan mendaki gunung itu untuk mendapatkannya.

Tapi di manakah kebahagiaan? Apakah ia merupakan sesuatu yang sangat mahal dan sangat susah untuk dicapai? Apakah ia hanya boleh dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja, iaitu mereka yang memiliki banyak harta, memiliki kekuasaan dan memiliki status sosial yang tinggi?

Di manakah sumber kebahagiaan itu? Apakah ia berada di luar diri kita? Apakah kebahagiaan itu bersumber daripada wang dan harta benda yang kita ada? Jika tidak bahagia, apakah ia disebabkan musibah dan bencana yang menimpa kita?

Jawapan daripada pertanyaan-pertanyaan di atas adalah tidak!

Kebahagiaan sebenarnya tidak mahal. Ia tidak susah untuk dicari dan dimiliki. Ia bukan hak golongan tertentu. Dan ia sama sekali tidak bersumber daripada apa-apa yang ada di luar diri kita. Ini semua telah dibuktikan oleh kajian-kajian akademik dalam bidang Psikologi Positif.

Kajian-kajian itu mendapati bahawa kebahagiaan dan kepuasan hidup amat sedikit ditentukan oleh faktor-faktor luaran seperti wang dan seumpamanya. Ia lebih banyak ditentukan oleh karektor dan sikap di dalam diri seseorang. Sebagai contoh, hasil kajian menunjukkan orang yang menang judi nombor ekor menyatakan mereka tidak berasa terlalu bahagia dibandingkan dengan keadaan sebelum menang. Dengan kata lain, walaupun mereka tiba-tiba mendapat wang yang banyak, tidak ada peningkatan kebahagiaan dan kepuasan hidup selepas itu.

Demikian juga dengan kajian ke atas orang-orang yang mengalami kemalangan dan lumpuh. Selepas mengalami kemalangan, pada mulanya mereka memang terasa hilang kebahagiaan. Tetapi setelah beberapa lama, mereka kembali pada tahap kebahagiaan dan kepuasan yang sama dengan sebelum mereka mengalami kemalangan.

Ini semua menunjukkan bahawa faktor luaran, seperti wang dan musibah kemalangan tidak memberi perubahan yang signifikan terhadap tahap kebahagiaan dan kepuasan hidup seseorang. Perubahan yang terjadi juga biasanya tidak bertahan lama. Kalau begitu, apa yang boleh memberi pengaruh yang signifikan terhadap kebahagiaan? Jawapannya adalah sikap dan karektor kita. Sikap dan karektor macam mana yang boleh membawa kepada peningkatan kebahagiaan? Sebahagian besar kajian itu menunjuk pada satu sikap: Syukur!

(Dari buku ‘Bersyukurlah Kerana-Nya’, Syed Alwi Alatas)


Sunday, April 7, 2013

Obat Kuat Jiwa

Alwi Alatas

Belum lama ini saya berbincang dengan beberapa orang rekan, di antaranya Wan Zayuhisyam, penulis buku Cikgu, Anak Saya Okay? Perbincangan kami berkenaan dengan iklan buku di internet.

“Bukannya mudah nak tarik audience kepada iklan buku,” kata Wan Zayuhisyam, “lain halnya jika iklan obat kuat, tentu ramai yang tertarik.”

“Kalau macam itu tampilkan saja iklan obat kuat,” kata saya, “saat mereka klik iklan itu, yang muncul adalah buku.”

“Mana boleh seperti itu, nanti orang-orang kecewa karena lain yang diiklankan lain pula isinya.”

“Sebenarnya …,” kata saya lagi, “buku-buku motivasi Islami ini obat kuat juga … ia adalah obat kuat jiwa.”
Yang lain pun tersenyum dan mengangguk-angguk.

Ini memang gurauan saja. Bukannya betul-betul akan buat iklan semacam itu. Bagaimanapun, hal ini mengandung fakta yang benar. Buku-buku motivasi yang dibuat oleh para penulis tarbiyah rohani, atau dapat juga disebut buku-buku spiritual motivation, memang merupakan obat kuat jiwa. Buku-buku ini boleh memberi kekuatan yang besar pada jiwa. Ia mampu menggetarkan dan memotivasi jiwa; mendobrak semangat yang lemah; mengubah kesedihan menjadi kegembiraan; menghilangkan keputusasaan dan mengubahnya jadi kepercayaan diri; dan dapat memperkaya jiwa serta mendekatkannya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Buku-buku itu boleh membuat jiwa manusia ‘tersenyum’ bahagia. Kalau sudah begitu, insya Allah tak akan ada lagi kesusahan yang dapat menimbulkan rasa putus asa. Seperti yang kami tulis di dalam buku Mudahkan, Jangan Susahkan: “Senyuman di jiwa itu mendahului senyuman di wajah. Musibah dan kesusahan merasa segan dan takjub kepada jiwa yang senantiasa tersenyum.”

Masalahnya, berapa banyak orang yang menganggap penting jiwanya serta apa yang ada di dalam dadanya, dibandingkan mereka yang mementingkan apa yang beberapa centimeter berada di bawah dadanya?

Kalau yang dijual obat kuat lelaki mungkin banyak yang mau membelinya dan sanggup membayar mahal, karena ia adalah simbol kejantanan dan kegagahan. Tapi berapa banyak yang mau membayar untuk kekuatan jiwanya? Berapa uang yang sanggup dikeluarkan untuk membeli buku-buku tarbiyah rohani yang merupakan obat kuat jiwa, bukan hanya bagi kaum lelaki tetapi juga bagi kaum perempuan dari berbagai usia?

Kalau seorang lelaki merasa terganggu dalam hal kegagahan yang satu itu, ia tentu merasa sangat gelisah dan sanggup mengeluarkan banyak uang untuk mengembalikan kekuatannya. Tapi kalau yang hilang adalah kegagahan dan kekuatan jiwa, siapa yang peduli? Banyak yang tak mau pening memikirkannya. Yang lain semuanya penting, tapi jiwa tak begitu dianggap penting. Padahal sebenarnya jiwa itulah yang paling tinggi nilainya dan paling mahal harganya.

Jangan hanya kuatkan badan dan hal-hal fisikal lainnya. Kuatkanlah jiwa. Carilah obat kuat jiwa. Hadirilah majelis zikir dan majelis ilmu. Perbanyak ibadah dan membaca al-Qur’an. Beli dan bacalah buku-buku Islami. Tak banyak uang yang perlu dikeluarkan untuk itu. Tapi manfaatnya insya Allah berlipat-lipat lebih tinggi dibandingkan uang yang dikeluarkan.

Para pembaca sekalian, jiwa kita terlalu tinggi nilainya. Hargailah ia dengan sebaik-baiknya. Insya Allah hal itu akan membuat kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati di kemudian hari.

Kuala Lumpur
23 Jumadil Awwal 1434/ 4 April 2013

Thursday, April 4, 2013

BERSYUKURLAH KERANA-NYA - SYED ALWI ALATAS

Assalamualaikum WBT

Buku ini ditulis dengan harapan yang besar agar para pembaca faham betapa pentingnya mensyukuri nikmat serta mengetahui perkara yang perlu dilakukan dalam bersyukur kepada Allah. Semakin banyak manusia bersyukur, maka akan semakin banyak nikmat dan kebaikan dilimpahkan ke atas mereka. Semakin banyak manusia bersyukur, akan semakin banyak kebahagiaan yang mereka rasai.

Manusia sekarang berada dalam zaman yang sangat maju. Begitu banyak kemudahan hidup dapat dirasai. Manusia moden umumnya lebih sejahtera dibandingkan mereka yang hidup pada masa-masa sebelumnya. Tetapi apakah mereka lebih bahagia?. Ternyata tidak!

Buktinya, banyak orang kaya yang kehidupannya tidak bahagia. Ramai orang terkenal yang akhirnya memutuskan untuk 'bersara' awal dengan mengakhiri hidupnya sendiri. Orang yang tidak berharta pun banyak yang tidak bahagia. Sedangkan mereka semua mengharapkan kebahagiaan dan mengimpikan kegembiraan hidup. Apa penyebab semua ini?. Sebabnya, mereka mencari kebahagiaan pada tempat yang salah.

Kebahagiaan tidak terdapat pada harta benda dan kekuasaan. Kebahagiaan ada dalam beberapa hal yang sederhana, antaranya pada apa yang dibahas dalam buku ini iaitu SYUKUR.

Maka kalau anda ingin bahagia, bahagia di dunia dan di akhirat, maka fahamilah apa yang terkandung di dalam buku ini dengan baik dan amalkanlah. Jika anda memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, insyaAllah jiwa akan semakin sihat dan bahagia. Anda akan lebih mudah tersenyum, lebih merasakan kemudahan dalam hidup dan dapat meraih lebih banyak manfaat dalam hidup.


KOMEN SAYA

Alhamdulillah, selepas membaca buku bertajuk 'Senyumlah' dan 'Mudahkan Jangan Susahkan' karangan Syed Alwi Alatas, akhirnya saya dapat membaca buku beliau yang seterusnya iaitu 'Bersyukurlah Kerana-Nya'. Buku terbaru ini sangat menarik perhatian saya kerana ianya menyingkap makna SYUKUR dengan lebih mendalam. Syukur atas nikmat yang telah dilimpahi Allah swt kepada sekalian hamba-Nya. Apakah kita ini termasuk golongan yang tahu bersyukur?. Jawapannya ada di dalam buku ini.



Sebagai manusia, kita tidak lekang dari melakukan dosa. Sudahlah banyak melakukan dosa, malah kurang bersyukur atas segala nikmat yang ada di sekeliling kita. Lebih buruk lagi, kita selalu menyalahkan Allah kerana tidak memakbulkan apa saja permintaan kita. Walhal, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Jika sesuatu doa yang dipinta tidak tertunai, pasti tersimpan hikmah disebalik semua itu. Sewajarnya, kita wajib bersangka baik di atas segala yang berlaku. Kita sering meminta apa yang tiada dan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Contohnya nikmat kejadian manusia itu sendiri. Masihkah kita mahu menjadi orang yang mendustakan nikmat-nikmat Allah?.

Apabila membaca buku ini, saya seperti kanak-kanak yang baru saja dilibas dengan sebatang rotan kerana telah melakukan kesalahan yang besar. Penulis menyedarkan saya yang sering alpa akan limpahan nikmat anugerah Allah swt yang sangat banyak yang telah saya terima semenjak dari lahir hingga sekarang. Tanpa disedari, bergenang airmata kerana menyesali betapa saya sering alpa dan cuai untuk beristiqomah dalam bersyukur atas segala limpahan nikmat yang tidak terperi ini. Sebagai manusia biasa, saya juga selalu mengeluh akan apa saja yang saya hajati tetapi tidak mampu saya miliki. Namun saya kurang perhatikan dan hargai, apatah lagi mensyukuri segala apa yang telah saya miliki. Walhal, segala apa yang ada pada saya adalah nikmat yang tidak ternilai tingginya. Saya benar-benar insaf.

Dengan membaca buku ini, ia dapat mengubah pandangan saya akan erti syukur yang sebenar-benarnya iaitu bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan. Penulis juga mengajar saya untuk lebih memanfaatkan segala nikmat yang ada disekeliling saya. Nikmat masa yang sering manusia lengahkan. Nikmat kesihatan yang sering manusia cuaikan. Nikmat kekayaan yang sering manusia hamburkan. Nikmat muda yang sering manusia lupakan dan nikmat hidup yang sering manusia abaikan. Ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara. Penulis juga turut memuatkan beberapa teknik untuk meningkatkan rasa syukur.

Secara amnya, buku setebal 329 ini dihidangkan dengan cukup baik sekali. Ada 4 tajuk utama yang masing-masing dibawahnya mengandungi tajuk-tajuk kecil lainnya. 4 tajuk utama itu ialah 'Nikmat Yang Melimpah', 'Belumkah Datang Masa Untuk Bersyukur?', 'Bagaimana Bersyukur' dan 'Berbahagialah Mereka Yang Bersyukur'. Setiap bab ke bab yang lain dikupas dengan baik dan tidak meleret-leret. Penggunaan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami, sesuai untuk bacaan setiap golongan. Dari bab ke bab mempunyai kesinambungan cerita hingga menjadikan pembaca ralit meneruskan pembacaan untuk mengetahui kisah motivasi yang dilampirkan dan kupasan selanjutnya. Pastinya kisah motivasi yang termuat dalam buku ini berjaya mencuit rasa sayu dan insaf kepada sekalian pembaca.

Kisah 'Raja Sehari' melambangkan manusia malang dan rugi yang sering menyia-nyiakan masa dan kesempatan yang dimilikinya. Kisah-kisah yang dipaparkan ini sebenarnya sangat menyamai dengan kehidupan seharian kita. Nikmat dan kesempatan yang diberi tidak digunakan dengan baik sehingga segala nikmat itu ditarik balik oleh sang empunya, barulah rasa penyesalan merajai hati. Setelah apa yang terjadi, manusia cenderung menggunakan perkataan 'Kalau'. "Kalaulah aku tahu begini akhirnya.....". Malangnya segala penyesalan itu sudah tidak berguna dan kesempatan yang pernah dimiliki tidak akan hadir untuk kedua kalinya.

Kisah 'Besarnya Nilai RM144' sangat menginsafkan saya. Jika kita merasa diri kita susah, masih ada ramai lagi manusia yang lebih susah daripada kita. Kesimpulannya, jangan selalu pandang orang yang di atas kita, selalulah pandang siapa yang berada di bawah kita dan perhatikan kehidupan mereka. Cara ini akan menjadikan kita lebih bersyukur atas nikmat yang telah kita terima.

Kisah ikan paus yang terperangkap di dalam pukat juga sangat memilukan. Ikan paus itu telah diselamatkan oleh sekumpulan penyelamat. Walaupun kerja-kerja menyelamat itu bahaya dan memakan masa, namun berkat rasa simpati yang tinggi terhadap haiwan tersebut, para penyelamat tetap meneruskan misi menyelamat mereka hinggalah ikan paus itu bebas. Setelah ikan paus tersebut terselamat, ia menghampiri seorang demi seorang penyelamat itu, menyentuh dan menolak mereka dengan lembut seolah-olah sedang berterima kasih kepada mereka. Haiwan juga pandai bersyukur dan berterima kasih. Kita pula bagaimana?.

Kisah di atas adalah sedutan dari cerita motivasi yang termuat di dalam buku ini. Kepada pembaca, sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran untuk mengetahui kisah dan kupasan selanjutnya. Sepanjang membaca buku ini, saya berasa seperti sedang mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Tok Guru secara bersemuka. Segala yang disampaikan mudah terakam di minda dan menyerap di kalbu saya. Semoga segala ilmu yang digali melalui buku ini dapat menjadikan saya insan yang lebih baik dalam memahami dan menghayati erti syukur yang sebenar-benarnya. Terima kasih buat Tuan Syed Alwi Alatas kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba yang bersyukur. Wallahualam.



SYUKUR AKAN MENGIKAT NIKMAT DAN MENARIK TAMBAHAN NIKMAT. ORANG YANG PANDAI BERSYUKUR ADALAH ORANG YANG PANDAI MENARIK NIKMAT KEPADA DIRINYA

- SYED ALWI ALATAS -


Review by Hajah Mina Min

http://jomsewabuku.blogspot.com/2013/04/bersyukurlah-kerana-nya-syed-alwi-alatas.html

Tuesday, April 2, 2013

12 Buku Terbaharu Galeri Ilmu - Dapatkan di PBAKL 2013

1. Bersyukurlah Kerana-Nya - Syed Alwi Alatas

Kekuatan pada penulis sendiri - Penulis buku-buku bestseller Senyumlah dan Mudahkan Jangan Susahkan yang beberapa kali muncul Top Ten di MPH.
Buku ketiga daripada siri buku bertemakan syukur dengan nikmat dan sabar menghadapi musibah.
Kekuatannya banyak pada cerita-cerita yang dibentangkan untuk menguatkan perbahasan.



2. Di Mana Bumi Dipijak - Abu Hassan Morad

Buku travelog yang sarat dengan catatan mengenai kehidupan minoriti dan majoriti umat Islam di pelbagai negara.
Daya pengamatan penulis yang tajam dalam merungkai situasi dan senario umat menjadikan buku ini kisah travelog yang sesuai dibaca oleh mereka yang gemarkan cabaran.
Perjalanan ke 13 negara - Buku ini menceritakan kisah kehidupan umat Islam di Turki, UK, Bosnia, Arab Saudi, Syria, Qatar, China, Hong Kong, Thailand, Australia, Bangladesh, Kemboja dan Indonesia.

3. You Are The Best - Dr. Shafie Md Amin al- Muqri'.

63 bab yang padat.
Buku yang menjadikan al-Quran sebagai sumber motivasi utama.
Membetulkan persepsi yang salah mengenai banyak isu kehidupan - mengenai kerja, mengenai cara menangani masalah, mengenai konsep masa.
Gaya penulisan dalam buku ini adalah bersahaja dan komunikatif.

4. Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah - Ustaz Muhadir Haji Joll

Konsep kavernya eksklusif - Pertama di Malaysia.
Penulis mula dikenali melalui rancangan radio, khususnya yang berkait dengan maulid.
Buku yang mengajak pembaca kepada cinta Rasul dan amalan-amalan ke arahnya.
Bonus amalan untuk dapat bermimpi bertemu Nabi SAW.

5. Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna - Hilal Asyraf

Novel berbentuk futuristik Islami
Sarat dengan aksi ala Lord of the Ring.
Pertentangan antara baik dan jahat tahap global.

6. Anekdot Madinah - Prof Muhd Kamil Ibrahim

7. Diari Seorang Amil - Ustaz Hamizul Abdul Hamid

Travelog kehidupan pertama seorang eksekutif Zakat.
Disertakan bersama testimoni daripada Prof Muhd Kamil Ibrahim yang ditulis dari Madinah.

8. Edisi Istimewa Langit Ilahi - Hilal Asyraf

Himpunan tiga buku motivasi best-seller Hilal Asyraf - Langit Ilahi (8 kali cetak), Kembara Hamba Mencari Cahaya dan Fanzuru.

9. Aroma Antara Benua - Roza Roslan

Sekuel kepada Bukan Sekadar Resipi (3 kali cetak)
Buku ini menceritan resipi-resipi antara benua yang diterima oleh Puan Roza daripada rakannya yang berada di seluruh dunia.

10. Relasi - Hilal Asyraf

Novel pertama penulis yang dikarang sewaktu berusia 18 tahun, namun memperlihatkan kematangan dalam gaya olahan dan pembinaan cerita.
Konflik persahabatan yang merungkai erti sahabat dalam kehidupan.

11. Seraut Kata Selaut Rasa - Pahrol Mohamad Juoi

12. Erti Hidup Pada Memberi - Hasrizal Abdul Jamil

http://zakaria-sungib.blogspot.com/2013/03/12-buku-terbaharu-galeri-ilmu-dapatkan.html

Monday, April 1, 2013

Review buku - Majalah Q&A 16

BERSYUKURLAH KERANA-NYA

Penulis: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri IImuSdn. Bhd.

Belum tibakah waktunya untuk kita bersyukur kepada-Nya? Ini soalan yang dijawab dan dirungkai melalui Bersyukurlah Kerana-Nya.

Setiap saat yang berlalu dalam kehidupan manusia, dilimpahi nikmat daripada Allah. Setiap zarah udara yang disedut dan dihembus keluar, setiap degup nadi yang berdenyut serta setiap apa yang ada pada diri kita adalah juzuk kecil daripada sekian banyak nikmat yang kita kecapi. Namun, berapa ramaikah antara kita yang memanjatkan syukur dan berterima kasih kepada Allah?



Bersyukurlah Kerana-Nya membuka mata dan hati pembaca untuk melihat betapa banyaknya nikmat yang dikecapi lantas mendorong kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Dengan dasar muka hadapan (kulit) buku yang putih berseri, dihias pula dengan bunga-bunga dan kupu-kupu dalam teknik embossed, buku ini amat menarik dibaca. Digarap dalam empat buah bab utama dan setiap satu ada pula pecahan sub-sub babnya yang sangat mengikat pembaca untuk terus membaca sambil bermuhasabah diri kerana ia menukilkan persoalan syukur kepada Allah.

Penulisan yang ditulis oleh penulis yang hatinya tunduk patuh kepada Pencipta, lantas dia turut membenamkan rasa yang sama kepada para pembaca. Melaluinya kita selalu disedarkan bahawa segala nikmat yang dikecapi bukanlah apa-apa melainkan untuk disyukuri.

Penulis bagaikan seorang sahabat sejati yang terus berpesan supaya kita bersyukur dan berbahagialah kerana ia akan menjadikan kita sentiasa berlapang dada dalam mendepani hidup di dunia menuju akhirat!

Semakin banyak manusia bersyukur kepada Allah maka semakin banyaklah nikmat dan kebaikan yang akan dilimpahkan oleh Allah kepada manusia itu.

Hajah Aliyah Sijari, A.M.N.
Penulis dan Pengarah Komunikasi Korporat

Majalah QA
Isu #16, April 2013