Saturday, March 30, 2013

Penarik Nikmat

Syukur adalah tali pengikat bagi nikmat-nikmat.

Umar bin Abdul Aziz pernah berkata, “Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan bersyukur kepada-Nya.”

Ibnu Abu Dunya menyebutkan bahawa Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata kepada seseorang daripada Hamdzan, “Sesungguhnya nikmat itu dihubungkan kepada syukur, dan syukur itu berkait rapat dengan penambahan nikmat. Kedua-duanya dipadukan seperti tanduk. Maka penambahan nikmat daripada Allah tidak akan terhenti hingga syukur daripada seorang hamba terhenti.”



Kerana itu, sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam buku Sabar: Perisai Seorang Mukmin, para ulama menyebut syukur sebagai ‘penjaga’ disebabkan syukur itu menjaga nikmat yang ada, dan mereka juga menamakannya dengan ‘penarik’ disebabkan syukur itu menarik nikmat-nikmat yang hilang.

Maka apa lagi yang hendak kita tunggu? Ikatlah nikmat itu dengan syukur dan tariklah tambahan nikmat dengan tali kesyukuran kita.

Daripada buku Bersyukurlah Kerana-Nya

No comments:

Post a Comment