Showing posts with label Syed Alwi Alatas. Show all posts
Showing posts with label Syed Alwi Alatas. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Ulasan buku motivasi: Bersyukurlah Kerana-Nya


Penulis meminati hasil karya penulis ini, Syed Alwi Alatas di atas kupasan dan garapan yang sangat menyeluruh dan pengolahan dari sumber yang boleh dipercayai.

Buku Tarbiah Rohani hasil terbitan Galeri Ilmu ini terbahagi kepada empat bahagian setebal 328 mukasurat,iaitu Nikmat yang melimpah;Belumkah datang masa untuk bersyukur;Bagaimana bersyukur dan juga diakhiri dengan bahagian Berbahagialah mereka yang bersyukur. Untuk bahagian pertama,Syed Alwi Alatas cuba menyedarkan pembaca, bahawa nikmat yang Allah limpahkan adalah terlalu besar ertinya dan ujian kekayaan dan kesusahan semuanya adalah nikmat yang menguji kekuatan iman hambanya.Maka Syed Alwi Alatas juga cuba menyedarkan pembaca bahawa kepentingan dan signifikan mensyukuri nikmat yang Allah berikan untuk kita sama2 menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah.Maka, untuk bahagian ketiga, disusuli pula dengan kisah2 bagaimana untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan serta faedah2 dan kelebihan mensyukuri nikmat Allah dikupas kemas dalam bahagian terakhir.

Sesungguhnya buku ini mempunyai kesinambungan daripada hasil penulisan Syed Alwi Alatas sebelum ini seperti buku 'Bila Allah Menduga Kita', 'Senyumlah', 'Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu' serta 'Mudahkan Jangan Susahkan'.Semua tajuk hasil penulisan beliau sememangnya amat sesuai dijadikan pedoman buat pembaca dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar minda dan akal manusia yang sentiasa terdedah dengan pelbagai kelemahan nafsi dan aqli.

http://knowledgesharingaroundtheworld.blogspot.com/2013/04/ulasan-buku-motivasibersyukurlah-kerana.html

Monday, April 1, 2013

Review buku - Majalah Q&A 16

BERSYUKURLAH KERANA-NYA

Penulis: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri IImuSdn. Bhd.

Belum tibakah waktunya untuk kita bersyukur kepada-Nya? Ini soalan yang dijawab dan dirungkai melalui Bersyukurlah Kerana-Nya.

Setiap saat yang berlalu dalam kehidupan manusia, dilimpahi nikmat daripada Allah. Setiap zarah udara yang disedut dan dihembus keluar, setiap degup nadi yang berdenyut serta setiap apa yang ada pada diri kita adalah juzuk kecil daripada sekian banyak nikmat yang kita kecapi. Namun, berapa ramaikah antara kita yang memanjatkan syukur dan berterima kasih kepada Allah?



Bersyukurlah Kerana-Nya membuka mata dan hati pembaca untuk melihat betapa banyaknya nikmat yang dikecapi lantas mendorong kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Dengan dasar muka hadapan (kulit) buku yang putih berseri, dihias pula dengan bunga-bunga dan kupu-kupu dalam teknik embossed, buku ini amat menarik dibaca. Digarap dalam empat buah bab utama dan setiap satu ada pula pecahan sub-sub babnya yang sangat mengikat pembaca untuk terus membaca sambil bermuhasabah diri kerana ia menukilkan persoalan syukur kepada Allah.

Penulisan yang ditulis oleh penulis yang hatinya tunduk patuh kepada Pencipta, lantas dia turut membenamkan rasa yang sama kepada para pembaca. Melaluinya kita selalu disedarkan bahawa segala nikmat yang dikecapi bukanlah apa-apa melainkan untuk disyukuri.

Penulis bagaikan seorang sahabat sejati yang terus berpesan supaya kita bersyukur dan berbahagialah kerana ia akan menjadikan kita sentiasa berlapang dada dalam mendepani hidup di dunia menuju akhirat!

Semakin banyak manusia bersyukur kepada Allah maka semakin banyaklah nikmat dan kebaikan yang akan dilimpahkan oleh Allah kepada manusia itu.

Hajah Aliyah Sijari, A.M.N.
Penulis dan Pengarah Komunikasi Korporat

Majalah QA
Isu #16, April 2013


Friday, March 8, 2013

Testimoni



Testimoni beberapa penulis untuk buku 'Bersyukurlah Kerana-Nya':

Dari buku pertama hingga ke buku terbaharu ini, torehan tinta penulis layak disalut emas. Ia membangunkan jiwa saya. Hati menggetari nikmat Allah yang luas. Kesusahan menjadi ringan bak kapas.

Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penulis dan Perunding Motivasi


Penulisan yang ditulis dari hati yang tunduk kepada Pencipta membenamkan rasa yang sama kepada para pembaca. Buku ini akan selalu menyedarkan kita bahawa segala nikmat yang dikecapi bukanlah apa-apa melainkan untuk disyukuri. Ustaz Alwi Alatas membekalkan kepada kita ‘sahabat sejati’ yang akan terus berpesan supaya ‘bersyukur dan berbahagialah.’ Percayalah, anda akan menjadi seorang yang berlapang dada dan mampu tersenyum panjang setelah membacanya.

Ummu Hani Abu Hassan
Penulis buku Noorah


SUBHANALLAH. Jika anda mencari sebuah buku yang membicarakan soal nikmat dan syukur, buku ini memberikan kupasan menarik. Saya membelek helai demi helai hingga ke bab terakhir. Buku ini membuatkan kita mengenali dengan lebih dekat lagi tentang nikmat Allah Subhanahuwataala dan kewajipan kita bersyukur di atas segala pemberian-Nya. Insya-Allah, kita akan menjadi manusia yang lebih bersyukur selepas tiba di titik akhir pembacaan buku ini.

Wan Zayuhisham
Penulis buku Suami Yang Teruji

Bersyukurlah Kerana-Nya

Maklumat buku baru:

Tajuk: BERSYUKURLAH KERANA-NYA, Takkan Habis Nikmat Tuhanmu dikira
Penulis: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri Ilmu
Tahun terbit: 2013
Tebal: 328 hlm.
Harga: RM 25 (Sem. Malaysia), RM 27 (Sabah/ Sarawak)

Deskripsi:
Setiap saat yang berlalu dalam kehidupan manusia, dilimpahi
nikmat daripada Allah. Setiap udara yang disedut dan
dihembus keluar, setiap degup dan nadi yang berdenyut dan setiap apa yang ada pada diri kita adalah sejuzuk kecil dan daripada sekian banyak nikmat yang kita kecapi. Namun, berapa ramai antara kita yang memanjatkan syukur dan berapa ramai berterima kasih kepada Allah?

Bersyukurlah Kerana-Nya membuka mata dan hati kita untuk melihat betapa banyaknya nikmat yang dikecapi lantas mendorong kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur.