Monday, June 10, 2013

Entri Tambahan ~ Bersyukurlah Kerana-Nya


Tajuk Buku : Bersyukurlah Kerana-Nya
Nama Penulis : Syed Alwi Alatas
Diterbitkan Oleh : Galeri Ilmu Sdn Bhd, Petaling Jaya Selangor.
Dicetak Oleh : 165 Print Solutions Sdn. Bhd
Bilangan muka surat : 327 Muka Surat

Buku tarbiah rohani ini, ditulis oleh Syed Alwi Alatas, yang bertajuk ‘Bersyukurlah Kerana-Nya’. Tujuan buku ini ditulis ialah berharap agar pembaca dapat memahami betapa pentingnya mensyukuri nikmat serta mengetahui perkara yang perlu dilakukan dalam bersyukur kepada Allah. Semakin banyak manusia bersyukur, akan semakin banyak kebahagiaan yang mereka rasai.

Setiap saat yang berlalu dalam kehidupan manusia, dilimpahi nikmat daripada Allah. Setiap udara yang disedut dan dihembus keluar, setiap degup dan nadi yang berdenyut dan setiap apa yang ada pada diri kita kecapi. Namun, berapa ramai antara kita yang memanjatkan syukur dan berterima kasih kepada Allah? Bersyukurlah kerananya membuka mata hati kita untuk melihat betapa banyaknya nikmat yang dikecapi lantas mendorong kita menjadi hamba-NYA yang bersyukur.

Justeru, penulis menerangkan tentang terlalu banyak nikmat yang dilimpahkan oleh Allah kepada umatnya. Sayangnya, manusia sering lalai dan lupa untuk bersyukur. Manusia lebih ingin mencapai perkara yang diimpikan daripada menghargai apa yang mereka ada. Setiap kata-kata yang ditulis menggambarkan betapa pentingnya untuk bersyukur supaya tidak menjadi hamba Allah yang kufur.

Kesimpulannya, buku jenis tarbiah rohani ini merupakan buku yang sangat berfaedah untuk dibaca bagi memberi kesedaran terhadap pembaca. Buku yang penuh kata-kata motivasi dan tarbiah ini haruslah dijadikan sebagai bacaan utama dalam melayari sebuah kehidupan sebagai hamba yang soleh.

http://aqilamohdnoor.blogspot.com/2013/05/entri-tambahan-bersyukurlah-kerana-nya.html

Tuesday, May 14, 2013

Bersyukurlah Kerana-Nya - Citratus

Buku adalah sebahagian wadah peringatan kepada pembaca. Sekurang-kurangnya saya merasakan ianya begitu. Tanpa membaca buku-buku, terutamanya yang berbentuk islami, yakni membawa mesej kepada mengingati Allah saya seakan sedikit jauh.

Hujung minggu lepas, saya berkesempatan membaca beberapa buah buku. Setelah agak lama mencari rentak. Alhamdulillah…

Antara yang turut dibaca ialah ‘Bersyukurlah Kerana-Nya’ hasil tulisan Syed Alwi Alatas ( 2013 ).



Saya juga telah membaca beberapa buah buku dari penulis yang sama. Kesimpulan, sukar menghampakan. Ia sentiasa wadah yang sangat baik.

Secara umumnya buku ini juga sangat membuka minda melihat aspek syukur dalam hidup kita. Untuk kita bermuhasabah melihat setiap nikmat kurniaan Ilahi kepada diri kita. Aduhai….tiada satu pun yang bukan datang dari-Nya. Maka tuntutan syukur itu sangat wajar malah apa yang kita lakukan tidak sepadan dengan segaala kurniaan Allah itu.

Masih mahu mengira nikmat tersebut? Pasti kita tidak akan habis mengiranya. Lihat sahaja diri kita, itu sahaja tak sanggup kita kehilangan setiap satunya. Lalu di mana kita halakan rasa syukur kita itu?

Saranan saya bacalah buku ini. Untuk kita melihat jauh ke dalam diri. Belajar untuk mensyukuri segala nikmat pemberian Allah. Melaksanakan tuntutan syukur itu pada jalan-jalan yang dicintai-Nya. Dengan syukur itu, mudah-mudahan mengamit redha-Nya jua.

Posted by Citratus at 5/11/2013 08:54:00 AM

http://citratus.blogspot.com/2013/05/bersyukurlah-kerana-nya.html

Tuesday, April 30, 2013

BISMILLAH - Bersyukurlah Kerana-Nya

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kali ini saya nk kongsikan sebuah buku tarbiah yg ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Beliau adalah penulis kegemaran sy. bukunya banyak motivasi pada sy. Antaranya buku ini, yg btajuk " BERSYUKURLAH KERANA-NYA, Jom bersama saya mgenali isi kandungan buku ini dengan lebih dekat lagi.



persoalan yg nak saya tanyakan kepada semua adalah:, adakah kt sudah bersyukur dengan-Nya?? Memang, hidup ni kita tak akan rasa cukup. Dah ada itu, nk ini,macam2la keinginan kita. Ingatlah, kita ini layak ke nak lebih2. Eloklah kt bhenti dr mengharapkan sesuatu dan bsyukur apa yang ad dalam gengaman.


Setiap saat yg berlalu dalam hidup ni kita dilimpahi nikmat yang banyak dari ALLAH. Udara, kt dapat bnafas ni, nadi yang sedang berdenyut ni adalah antara sebahagian kecil dari nikmat ALLAH. Tapi tidakkah kt sudah bsyukur dan berterima kasih pd- NYA???

Bersyukurlah kerana -NYA mbuka mata dan hati kita semua untuk melihat betapa nilmat yg dikecapi lantas mendorong kita mjadi hamba yang bsyukur.

Buku ini banyak mengajar saya untuk sentiasa mensyukuri nikmat2 ALLAH. Walaupun kita menghadapi pelbagai masalah dan cobaan ingatlah kita masih ada "sesuatu" yang boleh membawa kebahagiaan jika kita bijak menilainya.

Saya berharap agar kawan2 mendapatkannya dgn segera, kalau nk pinjam ngan saya pun ok gak.Sangat dialu2kan. Selamat Membaca



"setiap nikmat yang tidak mendekatkan pemiliknya kepada ALLAH adalah bencana "
- SYED ALWI ALATAS

http://raiamira89ismail.blogspot.com/2013/04/bismillah_11.html

Monday, April 29, 2013

Berjaya hafal Al-Quran setelah patah kaki

Pada kesempatan ini, kami ingin memberikan satu contoh kisah mengenai hal ini. Saya mendengar kisah ini daripada Dr. Mustafa Umar, seorang ustaz dan tokoh agama di Riau yang sering datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah.

Beliau menceritakan bahawa ada seorang ustaz kenalannya di Kuala Lumpur yang anaknya mengalami kemalangan. Kaki anak itu patah menyebabkan dia tidak dapat berjalan selama dua tahun. Dalam usia yang muda anak ini terpaksa menanggung ujian yang cukup berat.

Ibu bapanya mendorong anak ini supaya bersabar dan memberinya semangat agar melakukan aktiviti yang bermanfaat sepanjang dia tidak boleh bergerak.

Maka anak itu pun memutuskan untuk menghafal Al-Quran. Dia pun melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kerana dia tidak boleh banyak bergerak dan hampir sepanjang masa berada di rumah, mudahlah baginya untuk menghafal Al-Quran.



Dalam waktu dua tahun itu pun dia berjaya menghafal seluruh al-Quran.

Ketika mendengar kisah anak tersebut serta kejayaannya menghafal seluruh al-Quran, Ustaz Mustafa Umar bertanya kepada anak itu, "Kalau demikian, pada pandanganmu mana yang lebih baik, kamu mendapat ujian seperti ini dan kemudian berjaya menghafal seluruh al-Quran atau kaki kamu sihat tetapi kamu tidak ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran?"

Anak itu tersenyum, "Ujian ini lebih baik buat saya, ustaz. Kalau saya tidak diberi ujian ini, saya tidak tahu apakah saya ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran."


SYED ALWI ALATAS

dipetik dari buku : Bersyukurlah kerana-Nya
(musibah juga mengandungi nikmat)

www.alwialatas.blogspot.com

Maka bersyukurlah andai adakalanya kita terpaksa menempuh onak dan duri dalam kehidupan yang sementara ini =)

Pasti ada kegembiraan di kemudian hari ^_^

http://khairasrikandi23.blogspot.com/2013/04/life-lesson-9.html

PBAKL 2013 - Sabtu 27 Apr

Beberapa gambar pada masa PBAKL 2013




Bergambar bersama pembeli buku 'Bersyukurlah Kerana-Nya'




Dengan dua buku di tangan 'Bersyukurlah Kerana-Nya' dan 'Senyumlah'




Sharing tentang isi buku




Sesi autograph




Bagi autograph kepada beberapa pembaca




Pembaca terakhir yang dapat autograph pada hari Sabtu




Bersama Ust. Zakaria Sungib

Sunday, April 28, 2013

Bersyukur KeranaNya

Buku ini mengingatkan pembaca supaya bersyukur.

Dari awal sehingga akhir kulitnya,saya merasakan penulis tidak jemu-jemu menasihatkan pembaca supaya sentiasa bersyukur.

Buku ini sebuah santapan motivasi yang sangat lembut mengajak pembaca sama-sama merenung segala nikmat yang telah Allah kurniakan.Pada masa yang sama buku ini mengajak bersabar pada keadaan-keadaan yang mungkin tidak dijangkakan berlaku.

Saya sangat tertarik tatkala membaca salah satu nasihat yang mengajak para pembaca supaya sesekali mengunjungi hospital dan melihat pesakit yang ditimpa pelbagai penyakit sekurang-kurangnya pembaca akan mensyukuri nikmat kesihatan yang baik.

Ringkasnya buku ini adalah pelengkap kepada barisan buku-buku terdahulu karangan penulis ini iaitu Bila Allah Menguji Kita,Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu dan Mudahkan Jangan Susahkan.

Terima kasih atas karya yang bagus untuk dijiwai ini.

http://ukhtiez.blogspot.com/2013/04/bersyukur-kerananya.html?spref=fb

Wednesday, April 24, 2013

Jadi lah hamba yang bersyukur ..

Tadi mak sye beli kan buku "BERSYUKURLAH KERANA-NYA" ditulis oleh Syed Alwi Alatas.. sye x bace abis agy buku tu .. tpi sye rse diri seperti dah dimotivasikan walaupon blom abis bace agy .. (ceh ayat ..:))



Kisah 4 pemuda :

4 orang pemuda berjln-jln ditepi pantai pada suatu mlm yg cerah. mereka menikmati hembusan angin serta aroma laut yg ada di tempat itu. seorang drpd mereka kemudian bertanye kpd rakan-rakannye, "Apakah benda yg x dpt dikira jumlahnye di dunia ini ?"
"Air di lautan," jawab seorang pemuda.
"Butir-butir pasir di pantai," kata yg lain .
"Bintang-bintang di langit." jwb yg ke-3.
"Udara yg dihirup", kata pemuda yg ke-2.
"BETUL!" kata pemuda yg pertama .
"Tapi ada yg lebih penting drpd semue tu yg x dpt dikire."
"Apa die ?" tanye ketiga-tiga rakannye serentak. "Nikmat yg Allah bagi".
kemudian die membace sepotong ayat ..
"Dan adalah tlh memberi kpd kamu sebahagian drpd tiap-tiap ape jua yg kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaye kamu x dapat menentukan bilangan nye. Sesungguhnye manusia sgt zalim, lagi sgt mengingkari nikmat tuhannye."

Jom muhasabah diri ..
Cube ingat balik ..
Walaupon Allah dah menjanji kan syurga buat Nabi Muhammad tpi baginda tetap berjage mlm semata-mata untuk mengabdikan diri kepada allah .. Rasulullah pernah solat sampai bengkak kaki .. cube bandingkan dgn kite yg x tau agy masok syurge kea nerake .. solat fardhu pon tinggal nie lagikan solat sunat ...Org yg tinggal kan solat dgn sengaja itu lbih teruk drpd penzina.

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.“ (QS. 3:144)

Jadi, renung-renungkan lah dan selamat beramal ..

http://niqabisbeautiful.blogspot.com/2013/04/jadi-lah-hamba-yang-bersyukur.html