Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Bersyukurlah Kerana-Nya - Citratus

Buku adalah sebahagian wadah peringatan kepada pembaca. Sekurang-kurangnya saya merasakan ianya begitu. Tanpa membaca buku-buku, terutamanya yang berbentuk islami, yakni membawa mesej kepada mengingati Allah saya seakan sedikit jauh.

Hujung minggu lepas, saya berkesempatan membaca beberapa buah buku. Setelah agak lama mencari rentak. Alhamdulillah…

Antara yang turut dibaca ialah ‘Bersyukurlah Kerana-Nya’ hasil tulisan Syed Alwi Alatas ( 2013 ).



Saya juga telah membaca beberapa buah buku dari penulis yang sama. Kesimpulan, sukar menghampakan. Ia sentiasa wadah yang sangat baik.

Secara umumnya buku ini juga sangat membuka minda melihat aspek syukur dalam hidup kita. Untuk kita bermuhasabah melihat setiap nikmat kurniaan Ilahi kepada diri kita. Aduhai….tiada satu pun yang bukan datang dari-Nya. Maka tuntutan syukur itu sangat wajar malah apa yang kita lakukan tidak sepadan dengan segaala kurniaan Allah itu.

Masih mahu mengira nikmat tersebut? Pasti kita tidak akan habis mengiranya. Lihat sahaja diri kita, itu sahaja tak sanggup kita kehilangan setiap satunya. Lalu di mana kita halakan rasa syukur kita itu?

Saranan saya bacalah buku ini. Untuk kita melihat jauh ke dalam diri. Belajar untuk mensyukuri segala nikmat pemberian Allah. Melaksanakan tuntutan syukur itu pada jalan-jalan yang dicintai-Nya. Dengan syukur itu, mudah-mudahan mengamit redha-Nya jua.

Posted by Citratus at 5/11/2013 08:54:00 AM

http://citratus.blogspot.com/2013/05/bersyukurlah-kerana-nya.html

Monday, April 29, 2013

PBAKL 2013 - Sabtu 27 Apr

Beberapa gambar pada masa PBAKL 2013




Bergambar bersama pembeli buku 'Bersyukurlah Kerana-Nya'




Dengan dua buku di tangan 'Bersyukurlah Kerana-Nya' dan 'Senyumlah'




Sharing tentang isi buku




Sesi autograph




Bagi autograph kepada beberapa pembaca




Pembaca terakhir yang dapat autograph pada hari Sabtu




Bersama Ust. Zakaria Sungib

Sunday, April 28, 2013

Bersyukur KeranaNya

Buku ini mengingatkan pembaca supaya bersyukur.

Dari awal sehingga akhir kulitnya,saya merasakan penulis tidak jemu-jemu menasihatkan pembaca supaya sentiasa bersyukur.

Buku ini sebuah santapan motivasi yang sangat lembut mengajak pembaca sama-sama merenung segala nikmat yang telah Allah kurniakan.Pada masa yang sama buku ini mengajak bersabar pada keadaan-keadaan yang mungkin tidak dijangkakan berlaku.

Saya sangat tertarik tatkala membaca salah satu nasihat yang mengajak para pembaca supaya sesekali mengunjungi hospital dan melihat pesakit yang ditimpa pelbagai penyakit sekurang-kurangnya pembaca akan mensyukuri nikmat kesihatan yang baik.

Ringkasnya buku ini adalah pelengkap kepada barisan buku-buku terdahulu karangan penulis ini iaitu Bila Allah Menguji Kita,Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu dan Mudahkan Jangan Susahkan.

Terima kasih atas karya yang bagus untuk dijiwai ini.

http://ukhtiez.blogspot.com/2013/04/bersyukur-kerananya.html?spref=fb

Tuesday, April 2, 2013

12 Buku Terbaharu Galeri Ilmu - Dapatkan di PBAKL 2013

1. Bersyukurlah Kerana-Nya - Syed Alwi Alatas

Kekuatan pada penulis sendiri - Penulis buku-buku bestseller Senyumlah dan Mudahkan Jangan Susahkan yang beberapa kali muncul Top Ten di MPH.
Buku ketiga daripada siri buku bertemakan syukur dengan nikmat dan sabar menghadapi musibah.
Kekuatannya banyak pada cerita-cerita yang dibentangkan untuk menguatkan perbahasan.



2. Di Mana Bumi Dipijak - Abu Hassan Morad

Buku travelog yang sarat dengan catatan mengenai kehidupan minoriti dan majoriti umat Islam di pelbagai negara.
Daya pengamatan penulis yang tajam dalam merungkai situasi dan senario umat menjadikan buku ini kisah travelog yang sesuai dibaca oleh mereka yang gemarkan cabaran.
Perjalanan ke 13 negara - Buku ini menceritakan kisah kehidupan umat Islam di Turki, UK, Bosnia, Arab Saudi, Syria, Qatar, China, Hong Kong, Thailand, Australia, Bangladesh, Kemboja dan Indonesia.

3. You Are The Best - Dr. Shafie Md Amin al- Muqri'.

63 bab yang padat.
Buku yang menjadikan al-Quran sebagai sumber motivasi utama.
Membetulkan persepsi yang salah mengenai banyak isu kehidupan - mengenai kerja, mengenai cara menangani masalah, mengenai konsep masa.
Gaya penulisan dalam buku ini adalah bersahaja dan komunikatif.

4. Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah - Ustaz Muhadir Haji Joll

Konsep kavernya eksklusif - Pertama di Malaysia.
Penulis mula dikenali melalui rancangan radio, khususnya yang berkait dengan maulid.
Buku yang mengajak pembaca kepada cinta Rasul dan amalan-amalan ke arahnya.
Bonus amalan untuk dapat bermimpi bertemu Nabi SAW.

5. Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna - Hilal Asyraf

Novel berbentuk futuristik Islami
Sarat dengan aksi ala Lord of the Ring.
Pertentangan antara baik dan jahat tahap global.

6. Anekdot Madinah - Prof Muhd Kamil Ibrahim

7. Diari Seorang Amil - Ustaz Hamizul Abdul Hamid

Travelog kehidupan pertama seorang eksekutif Zakat.
Disertakan bersama testimoni daripada Prof Muhd Kamil Ibrahim yang ditulis dari Madinah.

8. Edisi Istimewa Langit Ilahi - Hilal Asyraf

Himpunan tiga buku motivasi best-seller Hilal Asyraf - Langit Ilahi (8 kali cetak), Kembara Hamba Mencari Cahaya dan Fanzuru.

9. Aroma Antara Benua - Roza Roslan

Sekuel kepada Bukan Sekadar Resipi (3 kali cetak)
Buku ini menceritan resipi-resipi antara benua yang diterima oleh Puan Roza daripada rakannya yang berada di seluruh dunia.

10. Relasi - Hilal Asyraf

Novel pertama penulis yang dikarang sewaktu berusia 18 tahun, namun memperlihatkan kematangan dalam gaya olahan dan pembinaan cerita.
Konflik persahabatan yang merungkai erti sahabat dalam kehidupan.

11. Seraut Kata Selaut Rasa - Pahrol Mohamad Juoi

12. Erti Hidup Pada Memberi - Hasrizal Abdul Jamil

http://zakaria-sungib.blogspot.com/2013/03/12-buku-terbaharu-galeri-ilmu-dapatkan.html

Tuesday, March 26, 2013

Dari FB Tuan Ibnurijal

(Perlu dicatat, saya tak lah sehebat dan sebaik yang dituliskan di bawah ini! Tapi kata-kata terakhir tentang buku perlu diperhatikan - 'Highly Recommended' :)

Dari FB Tuan Ibnurijal.blogspot.com:

bila orang bertanya kepada saya, buku apa yg berbaloi dibeli? saya akn tnya dulu, anda jenis yg bgaimana. kerana selera kita berbeza beza. sahabat saya, mohd Mohammad Azlan sangat meminati novel fakta sejarah. maka novel2 pak latip jadi pilihannya. Zamri Eshak pula sgt meminati buku2 kisah2 sirah dan kesufian, maka saya syorkan kitab2 karangan syeikh abd qadir jailani. seorang lagi, Ismi Zul, beliau serahkn kpd saya, jadi sya rekemen beliau membaca buku2 tulisan syed alwi al atas. best! maka beliau dah mula membaca Bila Allah Menduga Kita, karangan penulis.

kalau org tanya saya, siapa penulis yg plg saya minati, saya akn jawab, jika penulis luar, saya suka karen armstrong. dan jika penulis dalam, saya suka syed alwi al atas dan pensyarah saya, dr.alfareez abd razak.
jujur, karya dr.alfareez dan karen armstrong mengenai fakta tamadun silam, saya bagi 5 bintang!
begitu juga idola saya, syed alwi al atas, tulisan motivasi islamik beliau sgt power hinggakan kita mampu tersenyum dan menangis seorang bila membaca hasil tulisan beliau. dan beliau sangatlah rendah diri dan sgt tawadhuk. tak mcm sesetengah penulis lain yg kdg ter over atau terbajet artis (mungkin termasuk saya).
malu saya dngan beliau, karya beliau jauh lebih power, tp sgt rendah diri. gmbar ni adalah sebahagian dari buku2 beliau jika anda ingin mencarinya. highly recomended! ;)



http://www.facebook.com/photo.php?fbid=571964126147022&set=a.221112331232205.64046.217482238261881&type=1&theater